NADI Cybersecurity, NADI Preneur, dan NADI Empowerher
16 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniNADI Kampung Quop Anjur Tiga Program Pembangunan Komuniti. Kampung Quop, 15 Januari 2025 – NADI Kampung Quop telah berjaya menganjurkan tiga program pembangunan komuniti iaitu NADI x Cybersecurity, NADI Preneur, dan NADI Empowher bertempat di pusat NADI Kampung Quop.
Program NADI Preneur dan NADI Empowher yang bertemakan Perancangan Perniagaan telah berlangsung pada pukul 10.30 pagi hingga 11.30 pagi dan disertai oleh seramai dua orang peserta. Program ini bertujuan memberikan pendedahan asas berkaitan perancangan perniagaan yang sistematik kepada usahawan dan komuniti setempat.
Sementara itu, program NADI x Cybersecurity bertajuk Ancaman Siber dalam Dunia Digital telah diadakan pada pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang dengan penyertaan dua orang peserta. Program ini memberi fokus kepada kesedaran keselamatan siber serta risiko yang wujud dalam penggunaan teknologi digital masa kini.
Penganjuran ketiga-tiga program ini mencerminkan komitmen NADI Kampung Quop dalam memperkasakan komuniti melalui peningkatan pengetahuan keusahawanan dan keselamatan digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: